Wednesday, October 20, 2010

puisi menyampah minggu ini

aku mmg orang biasa,

pandangan aku kadang2 lebih jelas dari biasa,
kerana aku selalu pandang pada persepsi berbeza,
persepsi aku kadang2 tak senang di mata mereka,
kerana apa?

kerana aku berani untuk menyatakan kebodohan mereka,
aku tak takut bersuara,
mmg aku lantang,
tapi lantang aku tidak lancang,
mulut dan jemariku bila berkata2 masih ada batasnya,
masih ada adab sopannya,
mungkin sebab itu aku selalu dicari utk sebagai sudut pandangan luar,
yang menyuarakan apa yang orang tak mahu dengar,

tapi aku kira aku sudah malas,
bila yang datang meratap itu culas,
hari ini begini,
esok sedap saja kata "alaaah kejap saja ni"
tapi tak ke aku menyampah,
kenapa aku tak menyumpah,
kalau kau datang kau kata kau dah faham dah,
tapi kau buat benda tak berfaedah,
kau buat kau tak fikir dah,
nanti kau jugak yang rosak,
kau kata aku salah!
engkau fikir la sendiri,
bila aku cakap kau tak nak dengari,
segala apa yang terjadi lepasni,
aku tak nak dengar lagi.

0 comments:


ShoutMix chat widget