Wednesday, October 14, 2009

terima kasih PAPADOM


terima kasih kepada sebuah filem yang cukup indah PAPADOM
aku akhirnya telah mengambil keputusan untk pulang ke kampung halaman buat seketika
filem yang begitu hebat ini benar2 meruntun jiwa dan juga ragaku
dan sebaik sahaja sampai ke kampung
aku akan membawa keluarga aku untuk turut sama sekali menonton karya yang begitu hebat ini

papadom hanyalah sebuah cereka ayah dan anak yang ringkas
namun apa yang tersirat di dalamnya begitu indah
bagaimana kasih seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya
mia

dan bagaimana seorang anak menghargai ayahnya dipaparkan dengan begitu indah di dalam filem ini

cara penyampaian yang penuh dengan elemen komedi menjadikan PAPADOM sebuah karya yang ringan dari segi luaran
namun berat mesej dan sarat dengan pengajaran


begitupun dapat kita lihat bagaimana terdapat juga unsur sinikal terhadap industri filem malaysia di utarakan oleh adflin mungkin mahu menuntut perubahan daripada industri ini agar lebih proaktif dalam membela karya-karya yang hebat sebegini rupa


ShoutMix chat widget