Tuesday, December 28, 2010

sebab aku masih disini

aku masih disini hanya kerana cinta,

bukan cinta wanita,
bukan cinta kepada pangkat mahupun harta,
aku masih disini kerana aku cinta seni yang aku hargai,
seni yang aku pelajari dengan kesungguhan yang aku kira ramai salah fahami.

tapi sayang,
kesungguhan akibat cita-cita,
selalunya ada penghalang,
dari mereka yang suka tikam dari belakang,
sehinggalah mereka yang menyalahgunakan ruang pangkat dan keadaan,
aku masih disini kerana hatiku ikhlas
aku masih disini kerana citaku luhur,
niat ku murni
tapi sering disalah erti.


sekarang bila cinta hatiku pergi dan mungkin takkan kembali,
perlukah aku terus berada disini?
masih perlukah aku menggadai maruah atas sebab yang tak pasti.....


tapi perjalanan sudah telat,
waktu sudah lewat,
pintu sudah tertutup ketat...
dan aku akan terkurung disini.....


for the rest of eternity

Thursday, December 16, 2010

manusi ni bodoh kan?

ape yang dier tak mungkin dapat,

itulah yang dier nak,
ape yang dah ade depan mate,
yang tu la dier tak bersyukur,
yang orang dah tak larat nak kata,
yang tu lah yang dier nak skor,

nak kata apa lagi........
semua manusia serupa
dan aku pun begitu juga

Sunday, December 12, 2010

kamu racun

kamu mmg racun,

kamu membunuh dalam diam,
tiada luka diluar tapi hancur didalam,
kamu merosakkan jasad dan hati,

bila hatiku rosak begini,
namun aku masih menegukmu lagi,
meski aku kesan darimu masih melukai,
tapi hati memang misteri,

meski ia sentiasa jadi saksi,
meski ia sentiasa ditikam duri,
walaupun hati ini rasa siksa racun berkali,
tapi hati mahu racun itu,

hati mahu rasa sakit itu,
meski sakit itu sudah tepu,
mungkin hati itu sudah kematu,
tapi mampukah badan juga bertahan sebegitu?



Saturday, December 4, 2010

hadoi dikenekan cik liana....kene wat tag ni

pertame2 sekali saye mahu menyalahkan along saye a.k.a liana johari yang secare liciknye mmbuatkan saye mmbace blognye lantas terpakse buat tag ni.


R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

ps. AKU MALAS LA NAK TAG2 ORANG...SO SAPE2 RAJIN BUAT LA EK.

1. name aku mohd nurshaffiq b. mohd khairi, umo 22...lahir kat hospital besar alor star dan tggal kat kota sarang semut.

2. aku ni anak sulung dari 2 beradik, lagi sorang adik aku lah.

3. sekarang aku tgh blajar kat UNITEN amek IT majoring in graphics lah ( aku ni biase2 je x pandai macam budak2 skolah aku yang lain)

4. aku start sekolah rendah kat SKBL( sekolah kebangsaan buluh lima) sbb rumah aku selang 3 buah rumah je dari sekolah tu

5. aku abes je SKBL aku masuk sekolah tengah bendang yang ramai budak kerek manjang....5 tahun aku kat situ, dan malas nak cite bnyak sbb aku sendirik x suke sekolah tu.

6.aku nyer SPM x best la.....terus je aku masuk SMKP amek form 6 in science...huhuhu susah beb form 6...haihz

7.abes form 6 aku masuk le uniten TERCHENTA ni.

1-7 saje je aku buat biodata aku

8. aku minat sangat dengan debat...hahaha pelik kan? tapi mmg dari dulu aku suke bercakap...dan aku suke amek kesah bnde2 politik n everything, hal2 dunia yang dulu2 pon aku tau....hahaha tapi tak de la sampai tahap bank data atau database ke hape ke hakhakhak

9. aku suke facebook dah macam hobi aku dah hari2 online ahahaha

10. kat uniten ni aku suke lepak ngn mmber2 akulah.....kalau diorg x de bosan dowh idop aku

11. aku minat fotografi

12. aku kat uniten ni makin lame makin gemok.....nak g gym malas AHAHAHAHHA maybe nak try jusmate 5 plak kot kehkehkeh nak kayekan dr rozmey

13. aku ni agak baran orangnye...dan ade ego yang agak kuat la...tapi aku tgh cube improve diri aku dan cube jadik lagi baik

14. aku cukup suke break dance n skrg kalu ade mase aku akan menari sorang2 ahahaha

15. aku suke berkawan tapi orang tak suke berkawan dengan aku kehkehkeh.....maybe sbb aku nyer perangai kot...tapi alhamdulillah ade gak mmber yang sanggup stay with me through thick and thin

16. relationship? aku x de lagi.......haha tapi tak salah kot for me to believe that the one for me is still out there.........(notice to that someone if u r actually reading this be sure that i'm gonna get there very soon ahaha) well i'm a bit of a hopeless romantic i can assure u that. i actually really do believe in true love....maybe because i'm the type of guy who really does falls in love and not screw around.......haih~

17. rite now i'm concentrating in writing, tgh dok menulis cerite murder mystery harap2 dalam sebulan dua lagi aku boleh post kat sini huhuhu...aku rase kat malaysia ni TERLALU BNYAK NOVEL CINTA...aku x suke novel cinta, sbb bagi aku lah kan novel cinta ni too over the top dan kadang2 melampau.......dan aku suke bace bnde2 yang ade twist ending.

18. aku sangat2 suke tgk citer2 series amerika macam how i met your mother, chuck, castle dan burn notice ahaha dan kalau aku dah hooked aku akan folow citer tu betul.

19. aku SANGAT-SANGAT-SANGAT susah jatuh hati...tertarik tu ade lah...cume ade 2 orang je pompuan pernah buat aku jatuh hati ahaha......x nak cite sape

20. my family is my priority

21. aku suke kereta!!! terutama NISSAN GTR

22. aku suke gak martial arts

23. makan bnde2 baru pon antara hobi aku tapi aku cukup tak suke minum susu

24. aku ni jenis berani dan pantang dicabar la jugak ahahhaa

25. aku dulu suke plan my life...tapi memandangkan nothing ever went smoothly...aku skrg nak go with the flow je



hahaha penat nak memikir ape aku nak tulis pasal 25 things ni

Wednesday, October 20, 2010

puisi menyampah minggu ini

aku mmg orang biasa,

pandangan aku kadang2 lebih jelas dari biasa,
kerana aku selalu pandang pada persepsi berbeza,
persepsi aku kadang2 tak senang di mata mereka,
kerana apa?

kerana aku berani untuk menyatakan kebodohan mereka,
aku tak takut bersuara,
mmg aku lantang,
tapi lantang aku tidak lancang,
mulut dan jemariku bila berkata2 masih ada batasnya,
masih ada adab sopannya,
mungkin sebab itu aku selalu dicari utk sebagai sudut pandangan luar,
yang menyuarakan apa yang orang tak mahu dengar,

tapi aku kira aku sudah malas,
bila yang datang meratap itu culas,
hari ini begini,
esok sedap saja kata "alaaah kejap saja ni"
tapi tak ke aku menyampah,
kenapa aku tak menyumpah,
kalau kau datang kau kata kau dah faham dah,
tapi kau buat benda tak berfaedah,
kau buat kau tak fikir dah,
nanti kau jugak yang rosak,
kau kata aku salah!
engkau fikir la sendiri,
bila aku cakap kau tak nak dengari,
segala apa yang terjadi lepasni,
aku tak nak dengar lagi.

Friday, October 1, 2010

cinta itu belum pasti.....

rancangan kita tidak semestinya sama dengan ketetapan tuhan,

jangan kita mahu melawan kehendak takdir meski datangnya tanpa dirancang....
kerana apa yang kita mahukan kadang2 bukan terbaik.......
kerana kita manusia hanya memandang dengan mata dunia......
mata kita kadang2 dikelabui cinta
sehingga kita tak nampak apa didepan mata.....

namun jangan diragui apa itu cinta...
kerana cinta itu fitrah manusia...
meski cuba sedaya upaya kita mahu jauhkan diri daripadanya
ia akan datang
ia akan muncul tanpa diundang
kerana cinta anugerah tuhan
manusia hanya pandang cinta pada permukaan
bukan dasar sebuah ikatan

semua ketentuan tuhan

"Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan"

cinta terakhir aiman


Friday, August 6, 2010

i will never BOW down

i really hate people who thinks that they are better than others........

u know what? I WILL NEVER BOW DOWN TO THE LIKES OF YOU.....

if wanna hate me...fine..........it's not like it is the end of the world right?
live your life...be happy and just stay the hell away from me......




Tuesday, August 3, 2010

dalam kesedaran

mungkin kau xkn pernah tahu,,betapa mudahnya kau utk dikagumi.......

mungkin kau xkn pernah sedar.......
betapa mudahnya kau utk dicintai....
.aku lah pemuja rahsia mu selama ini.....
meski kau tidak pernah langsung akan menoleh kearah ini.........
tapi setiap tutur katamu akan aku dengari......setiap keluh tangismu aku akan ada disisi.............
aku harap suatu hari kau akan buka pintu hati.............

kerana tulus dari hatiku aku mengagumi....
kerana tulus dari hatiku aku mencintai......


sekian


ShoutMix chat widget