aku masih disini hanya kerana cinta,
bukan cinta wanita,
bukan cinta kepada pangkat mahupun harta,
aku masih disini kerana aku cinta seni yang aku hargai,
seni yang aku pelajari dengan kesungguhan yang aku kira ramai salah fahami.
tapi sayang,
kesungguhan akibat cita-cita,
selalunya ada penghalang,
dari mereka yang suka tikam dari belakang,
sehinggalah mereka yang menyalahgunakan ruang pangkat dan keadaan,
aku masih disini kerana hatiku ikhlas
aku masih disini kerana citaku luhur,
niat ku murni
tapi sering disalah erti.
sekarang bila cinta hatiku pergi dan mungkin takkan kembali,
perlukah aku terus berada disini?
masih perlukah aku menggadai maruah atas sebab yang tak pasti.....
tapi perjalanan sudah telat,
waktu sudah lewat,
pintu sudah tertutup ketat...
dan aku akan terkurung disini.....
for the rest of eternity
0 comments:
Post a Comment